Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Monday 30 December 2013

Hammer Drill


Salam 1Malaysia...
Rasanya dah brape hari saya x update blog sebab sebab minggu ni sibuk ckit,,,maklumla isteri duk jauh,,,hehe...ok untuk minggu ni sya nak ceritakan tentang alatan gerudi atau bhsa stndardnya Drill..



Sebenarnya,drill bukanlah satu keperluan asas bagi kite smua (kecuali tukang rumah atau pkerja yg memerlukan drill),maksudnya klu xde pn xpe la..cuma klu anda sukakan kepada pertukngan atau suka tebung2 dinding utk gntung frame kt umh,drill sngat penting dan berguna sgt2 utk anda.

Untuk pengetahuan anda,drill ni terbahagi kepada dua jenis iaitu:
   1. Drill
   2. Hammer Drill

Drill 
- Alat atau perkakas untuk menebuk lubang sama ada dinding,besi dan kayu.

Hammer Drill
- ia sama dengan drill biasa tetapi memepunyai satu lagi kelebihan di mana ia boleh menebuk lubang  
   sekiranya dinding tersebut terlalu keras.

Terdapat pelbagai jenama drill yang ada di kedai2 harware dan sebagainya. Di sini saya cuma mention jenama yang boleh dikatakan famous dan sangat berkualaliti. Antaranya:

1. Dewalt
2. Bosch
3. Black & Decker

Kesemua jenama di atas memang dikatakan kualitinya sgt baik. Dari segi harganya, Dewalt lebih mahal sedikit berbanding dengan jenama lain tetapi mempunyai kualiti yg sgt baik sekali.

Saya pun tidak ketinggalan membeli satu alat ini untuk kegunaan di rumah. Saya menggunakan jenama Black & Decker kerana ia mudah di cari dan harganya berpatutan.Kualitinya sama dengan jenama yang lain. Setakat ini saya cuba tebung dinding rumah saya Alhamdulillah,semuanya ok dan selamat.

Tips Penting
Kepada anda semua yang ingin membeli alat ini, saya syorkan anda pilih lah jenis yang hammer drill jenama yang saya sebut di atas. Hal ini kerana anda akan rasa lebih berpuas hati sekiranya anda ingin menebung dinding umah anda. Untuk jnama Black & Decker dan Bosch,anda boleh dptkan di pasaraya besar seperti Giant,Tesco,Jusco dan sebagainya. Bagi jenama Dewalt, ia susah di cari tetapi jika anda membeli utk simpanan anda,,sya boleh ktakan ia memang sgt2 berbaloi dan berpuas hati.

Pemilihan Kuasa Hammer Drill
Saya syorkan kepada anda,pilih lah Hammer drill yang mempunyai Power 500 W ke atas. ini kerana ia lebih kuat utk menebung lubang dinding dgn cepat.


Hammer Drill jenama Dewalt



Hammer Drill jenama Bosch




Hammer Drill jenama Black & Decker



Akhir kata,,post kt atas ni bukanlah nak promosikan brng2 syarikat yang berkaitan, sya hnya nak kongsikan ilmu shaja dan tidak lebih dari itu..sekiranya cerita sya ini menyinggung mana2 pihak,sya mohon maaf yer..Sekiranya maklumat yang saya postkan ini ada yang kurang atau tidak betul,sila bagi respon yang baik dan perbetulkan dan tambakan apa yang kurang..Harap maklum..

Sekian terima kasih..


1 comment: