Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Friday 23 December 2016

Beza buka akaun bank rm250 dan rm20

Hujung bulan ni adalah bulan paling sibuk     warga malaysia untuk tukar kad bank..tidak ketinggalan juga aku dan isteri sibuk tukar kad bank atm...

Balik kmpung klantan,sempat juga tukar kad maybnk dan bank islam...proses penukaran kad memang cepat...layanan pun ok sgt2...tp malangnya aku mmg sgt kcewa ngan cimb bank tanah merah...layanan sorang pkerja cimb mmg truk...aku rela tnggu walau ambik msa lama utk tukar kad...tp memndang lyan truk...cncel trus..huhu..hrap mereka berubah lpas ni...

Pulang ke sg besar selangor,,trus tukar kad it sini...jauh beza lyanan bank kt cini ngan d tnh merah..huhu...lupakan pristiwa phit...

Sbnrnya nak crta msa tukr kad cimb kt sg besar,,memndngkan kad istri aku dh expired...trus buka akaun bru...pkrja bank tu ckap klu nak buka akaun bru kna rm20...slalunya rm250...trlintas nak tnya beza bka akaun bru yg rm 20 ngn rm250..ktanya klu buka akaun bnk yg rm250...korang kluarkan duit kt mesin atm byk kali mna pn..xde cas apa2...tp klu korang buka akaun bnk yg rm20...stelah kali ke 8 korang cucuk duit kt mesin,,kali ke 9 dan strusnya korang akan kna cas...brapa casnya itu aku lupa plak tnya..huhu...jd korang bleh la tnya lps ni...sekian itu sja crta aku ari ni...

Monday 19 September 2016

Menunggu Satu Seksaan...

Hari ini aku teman isteri pg buat bku pink kt klinik kerajaan...dtg kul7.30 lg...tp stkat aku taip blog post ni (9.07pg) msih lg no giliran x di panggil...huhu..apa sudah jd...

Aku cadangkan,mohon nurse2 kena alert bg mereka yg bekerja kerajaan mcm kami ni...perlu dicepatkan proses...kerja xboleh tnggal lama2....paling tidak dua jam shj,,,sb klu dpt GB yg memahami,,,selamat la korang...klu tidak diorg suh ambk CRK...adoiii matila...kesian pda guru2 pmpuan yg mngandung...huhu...

Tuesday 19 April 2016

Khidmat Pelbagai Disiplin

Khidmat Pelbagai Disiplin
Khidmat sokongan dari semua pihak terutama dari agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan juga komuniti amatlah penting untuk PDK. Berikut merupakan pihak-pihak yang terlibat dalam khidmat pelbagai disiplin di PDK:







1.    Ibu Bapa
·         Ibu bapa perlu memberikan sokongan terhadap setiap aktiviti yang telah dirancang untuk pelatih-pelatih di PDK.
·         Memantau setiap perkembangan anak-anak ketika di rumah.
·         Meneruskan program yang telah dijalankan di PDK.

2.    Komuniti
i.      Majlis Pemulihan Malaysia
·         Badan penyelaras bagi golongan kurang upaya (Administrative body for the disabled)
·         Objektif penubuhan ialah untuk bekerjasama dan berusaha mengendalikan aktiviti OKU dengan agensi-agensi kerajaan serta meningkatkan prestasi program pemulihan OKU.

ii.    Persatuan Sindrom Down Malaysia
·         Visi persatuan ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup individu yang mengalamidown sindrom dan keluarga mereka melalui memberikan kesejahteraan, kesihatan sosial, pendidikan dan pekerjaan.
·         Persatuan ini bertujuan untuk menyediakan sokongan sepenuhnya untuk membantu orang dengan sindrom down untuk hidup dengan penuh bermanfaat.

iii.   Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya
·         Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis perlu mengadakan Mesyuaratnya sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
·         Fungsi-fungsi Majlis antaranya adalah seperti berikut :-

1. Untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU.
2. Untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
3. Untuk memantau aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan, kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan, dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU.
4. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh OKU dalam masyarakat.
5. Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan OKU.
6. Untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa.
7. Untuk mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan OKU.
8. Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi.
9. Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi OKU dalam pasaran buruh.

3.    
Badan bukan kerajaan (NGO)
i.      NASOM
·         NASOM ialah satu pertubuhan bukan kerajaan yang dibentuk pada tahun 1986 oleh sekumpulan profesional. Ini telah didaftarkan pada tarikh 3 Mac 1987, sebagai organisasi amal sukarela kebangsaan dan bertujuan memberikan pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi orang-orang dengan autisme dan ahli-ahli keluarga mereka.
·         Visi NASOM ialah untuk menjadi organisasi yang cekap dan berkesan yang menyediakan perkhidmatan, kekuatan dan tempat kudus bagi orang-orang dengan autisme.
·         Misi NASOM ialah untuk mengadvokasi hak-hak orang dengan autisme dan dengan berbuat demikian memberikan kesempatan bagi mereka untuk belajar dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan.
·         Objektif NASOM pula ialah:
o   Untuk mengenalpasti dan mempromosikan penjagaan, pendidikan, kesejahteraan dan penerimaan orang dengan autisme.
o   Untuk menjaga dan melindungi orang-orang dengan autisme.
o   Untuk memberikan bantuan dan nasihat kepada keluarga pesakit autisme.
o   Untuk menjadi sumber yang berguna dalam kajian, penyelidikan dan pembangunan metodologi, terapi dan rawatan autisme dan gangguan berkaitan
·         NASOM menjalankan One-Stop Service Centre, NASOM - Kiwanis PJ autism One-Stop Centre. One Stop Centre menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
o   Psikologis penapisan dan penilaian untuk anak-anak berisiko atau dengan gangguan perkembangan.
o   Terapi pertuturan
o   Terapi cara kerja
o   Terapi sensorik Integrasi
o   Terapi main



4.    Kementerian Kesihatan
·         Program Pengesanan Awal (early Intervention) memberi rawatan dan pemeriksaan untuk kemasukan ke Institusi Kebajikan.

5.    Jabatan Kebajikan Masyarakat
·         Peranan JKM
§  Bayaran sewa premis.
§  Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
§  Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
§  Peralatan.
§  Utiliti.
§  Program / aktiviti
§  Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
§  Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
§  Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV
(Japan Overseas Cooperation Volunteers - SET, PT , OT, SW)
§  Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
§  PDKNet- www.pdknet.com.my
6. 
   Agensi-agensi kerajaan lain
i.      Jabatan Pendidikan
·         Menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas (kurang upaya penglihatan,kurang upaya pendengaran, dan kurang upaya pembelajaran) melalui tiga program iaitu Sekolah Khas, Program Intergrasi dan Program Inkulsif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program intergrasi juga disediakan bagi pelajar kurang upaya pendengaran di Sekolah Teknik dan Politeknik.


ii.    Jabatan Tenaga Kerja
·         Menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya melalui Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta.