Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Thursday, 24 July 2014

Clixster? Apa yang menarik.

Untuk Mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apa itu Clixster? Boleh klik di sini.



Perkembangan terbaru yang hangat diperkatakan tentang telco Clixster ini adalah berkenaan dengan pakej terbaru yang ditawarkan sangat2 berbaloi berbanding dengan pakej telco yang lain.

Pengendali rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) tempatan, Clixster Mobile, memperkenalkan pakej data internet serendah RM17 sebulan untuk satu gigabait (GB) kepada pengguna taliannya, sekali gus menjadikan rangkaian itu pakej Internet termurah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Clixster, Noor Azlan Khamis, berkata pakej berkenaan ditawarkan khusus kepada pelanggan untuk penjimatan dan lebih nilai bagi setiap wang kepada yang membeli tambah nilai talian Clixster setiap bulan.

“Kami amat memahami keperluan pelanggan yang sederhana dalam penggunaan data Internet. Justeru, Clixster menawarkan pakej istimewa RM17 sebulan untuk 1 GB, sekali gus memberikan penjimatan kepada pelanggan setia,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Noor Azlan berkata melalui pakej terbaru itu, pengguna talian Clixster jimat sebanyak RM10 berbanding langganan pakej sebelum ini yang ditawarkan pada harga RM27 sebulan untuk 1 GB.

Sumber dari Berita Harian.


Friday, 18 July 2014

Contoh Format RPI Murid Pendidikan Khas


Serangan Rejim Zionis di Gaza.

Semua umat Islam mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza. Walaupun berlaku gencatan senjata hanya beberapa jam, Israel memang terlalu kejam dan tidak mempedulikan apa2 perjanjian dan tetap melakukan serangan ke atas Bandar Gaza dengan alasan untuk menghapuskan tentera Hamas. Kami rakyat Malaysia hanya mampu berdoa dan berjanji akan membantu menghantar bantuan dari segi perubatan serta makanan dan minuman dengan sedanya yang mampu. Saya mendoakan agar rakyat Palestin terus bersabar dan bagi mereka yang terkorban moga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin

 


Tragedi MH17


Belum sempat kering air mata kesedihan dengan serangan rejim zionis di Gaza, Semalam, kita telah dikejutkan lagi dengan satu lagi tragedi nahas kapal terbang MAS - MH17 Boeing 777 yang telah ditembak jatuh oleh pemberontak di Ukraine dan terhempas berdekatan dengan sempadan Rusia. Kejadian ini menyebabkan semua penumpang (280 orang) dan kru anak kapal (15 orang) terbunuh.