Assalamualaikum..
Kali ni saya nak menceritakan berkenaan dengan Pelan
redONE..Sebenarnya sudah lama saya ingin beralih kepada line redONE disebabkan
tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Sebelum ni saya merupakan pelanggan
setia CELCOM sejak saya mempunyai hp lagi..hahah..Tahun 2009 saya telah menukar
plan POSPAID celcom 1 + 5.. Mengenai plan 1 + 5 ni juga ada baik buruknya…yang
baiknya plan ni memberi 2400minit panggilan percuma dan saya boleh call isteri
saya pada bila2 masa saja tanpa henti…tapi malangnya pakej ni kalau korang
xguna,,korang yang rugi sebab setiap bulan anda wajib bayar rm50… Dulu waktu
couple boleh la..sekarang dah kawen nak call lama2 wt apa kan.. Isteri dah
slalu ada kat umah.. Jadi, dari situ saya cuba mencari pakej postpaid yang
berbaloi dengan saya skrng ni… Nak dijadikan kisah, saya dengar cerita dari
kawan2 tentang plan redONE yang menawarkan pakej yang sangat menguntungkan
anda.. jadi, balik umah saya berusaha mencari dekat internet berkenaan dengan
plan redONE.. Dah tahu tentang pakej yang ditawarkan, jadi apa tunggu
lagi,,trus bertindak…Sebelum saya cerita lebih lanjut lagi, ada baiknya kita
kenali dulu line redONE ini..
Pakej
redONE.
Bagaimana cara tukar simcard celcom ke redONE?.
Sebelum ni saya fikir untuk tukar postpaid celcom ke
postpaid redONE tidak boleh,,tapi sebaiknya boleh dan anda perlu ‘BERSABAR’..Sekiranya
anda nekad untuk tukar line redONE, pertama sekali anda perlu mencari agen
redONE yang berdekatan. Tidak semua agen yang boleh buat penukaran line postpaid
celcom ke postpaid redONE..Hanya kedai2 tertentu sahaja yang boleh buat.. Kedai
yang saya buat penukaran simcard berada di Kuala Selangor, Bandar Malawati
berdekatan dengan KFC dan Pos Laju.
Berapa lama masa penukaran line redONE?
Masa saya buat hari tu memang lama ckit hingga terpaksa beli
simcard lain..huhu..mungkin bukan rezeki saya sebab waktu itu berlaku masalah sistem
di celcom..jadi ia memakan masa lebih kurang dua minggu..
Berapa kos penukaran simcard redONE?
Untuk satu nombor anda dikenakan yuran pendaftaran RM15.
Boleh ke guna nombor asal?
Boleh…
Kesimpulannya, setakat ni saya guna line redONE memang puas
hati.. Jadi, anda bila lagi..lagi pun dunia sekarang kita perlu berjimat cermat..line
redONE penyelesaiannya.
terbaik lah bro..tq
ReplyDelete