Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Thursday, 3 September 2015

Pelan Postpaid redONE..terbaik!!!Jom tukar




Assalamualaikum..
Kali ni saya nak menceritakan berkenaan dengan Pelan redONE..Sebenarnya sudah lama saya ingin beralih kepada line redONE disebabkan tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Sebelum ni saya merupakan pelanggan setia CELCOM sejak saya mempunyai hp lagi..hahah..Tahun 2009 saya telah menukar plan POSPAID celcom 1 + 5.. Mengenai plan 1 + 5 ni juga ada baik buruknya…yang baiknya plan ni memberi 2400minit panggilan percuma dan saya boleh call isteri saya pada bila2 masa saja tanpa henti…tapi malangnya pakej ni kalau korang xguna,,korang yang rugi sebab setiap bulan anda wajib bayar rm50… Dulu waktu couple boleh la..sekarang dah kawen nak call lama2 wt apa kan.. Isteri dah slalu ada kat umah.. Jadi, dari situ saya cuba mencari pakej postpaid yang berbaloi dengan saya skrng ni… Nak dijadikan kisah, saya dengar cerita dari kawan2 tentang plan redONE yang menawarkan pakej yang sangat menguntungkan anda.. jadi, balik umah saya berusaha mencari dekat internet berkenaan dengan plan redONE.. Dah tahu tentang pakej yang ditawarkan, jadi apa tunggu lagi,,trus bertindak…Sebelum saya cerita lebih lanjut lagi, ada baiknya kita kenali dulu line redONE ini..

Pakej redONE.





 Untuk makluman anda, line redONE menggunakan line celcom. Jadi, di mana ada celcom, di situ ada redONE…Anda tidak perlu risau lagi…Di sini anda boleh lihat pakej yang ditawarkan bermula RM8, RM 58 dan RM 88 sebulan…saya rasa pakej ni yang paling murah ditawarkan berbanding dengan line telco yang lain. Selain itu, anda tidak perlu risau tentang jangka masa berbual,,kerana ianya percuma jika anda menhubungi sesama redONE..Kemudahan internet juga disediakan..Cuma anda perlu pilih sahaja pakej yang mampu anda bayar setiap bulan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari website www.redone.com.my.


Bagaimana cara tukar simcard celcom ke redONE?.
Sebelum ni saya fikir untuk tukar postpaid celcom ke postpaid redONE tidak boleh,,tapi sebaiknya boleh dan anda perlu ‘BERSABAR’..Sekiranya anda nekad untuk tukar line redONE, pertama sekali anda perlu mencari agen redONE yang berdekatan. Tidak semua agen yang boleh buat penukaran line postpaid celcom ke postpaid redONE..Hanya kedai2 tertentu sahaja yang boleh buat.. Kedai yang saya buat penukaran simcard berada di Kuala Selangor, Bandar Malawati berdekatan dengan KFC dan Pos Laju.

Berapa lama masa penukaran line redONE?
Masa saya buat hari tu memang lama ckit hingga terpaksa beli simcard lain..huhu..mungkin bukan rezeki saya sebab waktu itu berlaku masalah sistem di celcom..jadi ia memakan masa lebih kurang dua minggu..

Berapa kos penukaran simcard redONE?
Untuk satu nombor anda dikenakan yuran pendaftaran RM15.

Boleh ke guna nombor asal?
Boleh…

Kesimpulannya, setakat ni saya guna line redONE memang puas hati.. Jadi, anda bila lagi..lagi pun dunia sekarang kita perlu berjimat cermat..line redONE penyelesaiannya.




Thursday, 20 August 2015

Kod Amalan Pendidikan MBK dan Panduan Tempoh Percubaan

Salam Guru 1 Malaysia,

Kepada guru-guru terutama guru Pendidikan Khas yang ingin mendapatkan bahan berkenaan dengan Kod Amalan Pendidikan MBK dan Panduan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi 3 Bulan MBK, sila klik di bawah.

klik untuk download.

Friday, 3 July 2015

Kadar zakat fitrah 2015 di seluruh negeri

Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri
   Negeri(RM) Tahun 2015(RM) Tahun 2014
Bendera Perlis Perlis6.506.50
Bendera Kedah Kedah7.007.00
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang7.007.00
Bendera Perak Perak7.007.00
Bendera Selangor Selangor7.007.00
Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan6.506.50
Bendera Melaka Melaka6.706.70
Bendera Johor Johor* 5.00 / 8.00* 5.00/8.00
Bendera Pahang Pahang7.007.00
Bendera Terengganu Terengganu* 7.40 / 6.80 /4.60* 7.60/7.00/4.50
Bendera Kelantan Kelantan7.007.00
Bendera Sarawak Sarawak7.007.00
Bendera Sabah Sabah7.007.00
(WP) Bendera Kuala Lumpur Kuala Lumpur/Bendera Putrajaya Putrajaya/Bendera Labuan Labuan7.007.00
Nota: (*) Kategori kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kadar-bayaran-zakat-fitrah-2013-seluruh-negeri.html#ixzz3emxILD1r

Wednesday, 1 July 2015

Apa itu PBPPP?

Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Apakah PBPPP

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM)


Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

Wednesday, 3 June 2015

Ear thermomemeter Tommee Tippee

Semalam aku n wife kuar pekan Sg Besar jap mencari barang keperluan...baru hari ke-20 berpantng, dh kuar pg cri brg ye my wife.. sbnrnya borin..tpi xdr la kuat sgt jln..just nk cri temometer je utk adlan..first pg kdai world of babies.. ad stu jenis temometer je..jenma tommy tippe..hrga dye rm210..terbeliak mta nengok.. tpi ktorg x bli ag.. just survey.pstu pg farmasi n last guardian.. kt guardian ad 2 jenama..omron ngn 1 lg x ingt brandnya.. y omron rm300..xbrbaloi bli..mhl sgt..stu lg hrga rm200..tpi ak x puas hti..mcm ringn je, pstu promoter tu x bg try..n ak rs baik bli tomme  tippi..cm ok lg function nya..last kli ak ajk my wife blik...ak kta kt try search intenet...
Blik umh trus online...n ak jumpe lmn web mylovebaby kt lelong.com...y jual temometer tommetipi sebji cm y ak berknn td.. hrga lgi murh rm148+gst+postge hrga rm155++.. ok la..murah sgt kn..smalam order hari ini dah smpai...Alhamdulillah n thanks babylove shop@lelong... nsb bek xbli kt kdai td...now adlan dh ad temometer,.senang nk chek suhu bdn dye..tpi ibu n abh dye y over gn kan...sekian...

Monday, 11 May 2015

Kelas Antenatal di Hospital Selayang

Kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata terutama anak pertama,disarankan kepada bakal ibu dan bapa utk menyertai kelas antenatal...Yuran rm30 utk seorang...memang berbaloi..

best @ bad aircond daikin"...

Sudah hampir 2 bulan aku guna air cond jenama Daikin..Setakat ini bagi aku Kurang Puas Hati.

Hal ini kerana berlaku banyak bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan aku terutama waktu tidur malam...Tetapi aku kurang pasti sama ada orang yang pasang air cond umah aku ni mmg kurang pakar atau sebaliknya..


KEKURANGAN :

- Bunyi pada cover aircond yang berdesing dan kurang menyenangkan.

- Penjimatan Kecekapan tenaga adalah 2 bintang sahaja. Stiker yang terdapat pada aircond..


Kesimpulannya, aku nasihatkan korang pergi kedai dulu dan survey sampai puas hati...dan setakat ini kebanyakan aku tengok org2 kaya kt taman aku guna aircond jenama Mitshubishi..

Thursday, 9 April 2015

Lunch ngan isteri..

Balik sekolah kul1 terus ambk isteri kt sk dato manan,tanjong karang..otw balik singgah jap kt pekan lama k.selangor nak cari kurma..pastu isteri aku tringin la plak nk mkn roti bakar...msuk kt kedai makan kopitiam Auntie Foo...Tempat dia mmg bersih,wifi pun laju hehe..and service dia pn ok gk la..cuma mkn kt cni bgi aku biase2 jer...cubala dtg...

Wednesday, 8 April 2015

Bapa mertua masuk IJN..

Hari ni aku ngan my wife pagi2 lg bersiap tuk ke IJN..bapa mertua aku alami mslah injap jantung bocor..hari ni appoinment tuk di bedah...pagi td pukul 8 baru di tolak ke icu..tadi dlm kul 1.30 tgh baru kuar icu...keadaannya skrg berada dlm keadaan tidak sedar...mngikut nurse td dlm 6 jam mngkin dia akn sedar  atau brgntung pda kekuatannya...hnya doa kami mengiringi..hanya pada-Mu ya Allah kami bermohon agar diberi kekuatan kpda bapa mertua ku...Amin...

Wednesday, 11 March 2015

Air cond pilihanku?!!..

Semalam pg survey air cond kt kdai area kuala selangor..jran2 suggest ad satu kdai elektrik sbelah ngan kdai motor dan pusat jualan kereta proton harganya murah berbanding kdai lain..
Dalam kpla otak aku hnya akan ambil air cond jenama samada mitshubishi, panasonic,york dan acson..stakat ni yg aku survey dlm internet..rata2 suggst suh ambl brand mitshubishi sb ad klebihan dri yg lain..Tapi ad klmahannya?ikut pada tokey kedai tu ckap :
Air cond Mitshubishi 1.0 HP
- harga rm 1050 siap psang
- bunyi senyap dari yg lain
- dy punya "tempat kluar aircond" tu kcik ckit dri yg lain.
- kipas luar xde cover tepi,jd klu kuar air aircond dy akan menitik...
Aircond Panasonic 1.0 HP
- harga rm1050 siap pasang
- bunyi senyap
- dy punya "tempat kuar aircond" besar dri mitshubishi
- kipas luar pun sama cam mitshubishi, xde cover.air menitik kuar.
Aircond York / Daikin 1.0 HP
- harga rm 1100 siap pasang
- bunyi sdkit bising
- dy punya tempat kuar aircond besar (standard size)
- kipas luar ad cover,jd air xmnitik.
- dlu jenama york, skrg dh tukar jnma Daikin
- satu syrikt ngan jnama tmpatan acson
# utk pngthuan korang,mklumat yg aku dpt dri tokey kdai tu,dy ckp acson ngn daikin sebiji sama. Dripda skcil2 skru smua sama dan harga aircond acson murah ckit ( rm1050 siap pasang).spare part pun mudah didapati berbanding aircond mitshubishi.
# kesimpulannya : aku plih aircond jenama DAIKIN krana target mmg nak pkai jnama York dari dlu lagi dan stu lg trpengruh ngan jnama dan jga kelebihannya..hehehe...
Nantikan entry aku selepas ini tentang " best @ bad aircond daikin"...

Monday, 2 March 2015

Oppo vs Lenovo?!

Hujung miggu leps saje jln2 ngan istri d Setia Alam..Niat d hati mmg  xnak bli ap2 pun...jalan punya jalan akhirnya msukla kdai hp..sbnrnya jz tgk2 jer..dtg slesmen hp tu..trus ad prsan cm nk bl la plk..tmbh ngn istri duk bg smngt suh bli ngan alsan dah lma aku pkai hp nokia biase jer..xleh nk whtapp ngan fb..hihi..lgpun aku rsa skrg ni  klu xde whtsapp mmg ktngglan zaman la ktakan..ye la skrg ni ap2 info dari skolah cam msyuarat semua inform kt whtsapp..jd klu aku xde  whtsapp..jwbnye ketinggalan la aku...hehe
Sebelum ni aku pernah guna hp samsung..jd kali ni nak tukar selera lain plak..untuk kli ni target aku nak pkai Lenovo..hehe mcm dh rancang lma jer nak bli hp...tp stelah di usha2 ngan buat jnis perbndingan ngn hp jnis laen..aku plih hp OPPO NEO 5..Nak tau knpa?ni bkan nak promote..cma nak kongsi pngalaman jer...
Pertamanya aku ikut bajet aku sendiri dlm rm 500++..
Keduanya hp OPPO ni lain dari yg lain..dia ada bnyak bnda yang membuatkan aku tertarik..hehe..byk "shortcut" dan byk lg...klu dri segi ketahanan bateri..smua hp bleh ktakan cepat abis..akhir kata klu korang nak tau lg psal oppo..bleh pg sendiri ke kdai..bagi aku hp oppo puas hti...

Tuesday, 3 February 2015

Surat Oh Surat.......

Keputusan Rayuan Pertukaran Guru anatara Negeri 2015 dah tahu, Sekolah baru pun dah tahu...tapi kenapa masih berada di sekolah lama lagi????!!!.. Ini gara2 surat rayuan pertukaran guru masih lagi xsampai2 lagi..Dah masuk 3 minggu surat pertukaran aku masih lagi tidak dengar khabar berita. Call pegawai JPN, diorang cakap belum terima 'tranfer order' dari KPM...huhu.. Betul la orang cakap "menunggu satu seksaan"..Sekarang apa yang boleh aku buat 'BERSABARLAH'...

Honeymoon di Ho Chi Minh, Vietnam

Salam 1Malaysia...
Kali ni saya nk brcerta tentang percutian di Vietnam. Sebenarnya saya n istri dpt hdiah hari prkhwinan kmi oleh bpa mertua sya...hihi.. Jdinya brmula lh honeymoon kmi ke sna..
Tmpat yg kmi prgi adlh bndar ho chi minh d mna trdpt tmpt mnrik di sna trutma bg kaum pmpuan yg ska bli kain...tempat shoping y wjib pg ialah Bent Than Market. Tempat ini mmg syurga membeli belah.. kt sini byk jual kain sutera vietnam dan kain cotton, telekung, brangan kulit dan mknn org tempatan. sp2 y nk dtg vietnam ni kena bwk duit byk tau sbb klu pg cna mst rambng mata.. sume nk bli kan..terutama skali kaum wanita.
Isteri sy mmg pg cni nk brong kain cotton.. mmg byk kdai. tpi kena pndai juga cri kdai y blh tawar hrga y murh..bknnya ap sbb org vietnm di grg2 sbenarnya..ad sesetgh kdai kt mntk kurg dye x bg...cri2 punya cri dpt la istri dn sy cri kdai y murh..kain cotton blh dpt hrga rm25-rm30 utk 3.5 meter...ok la tu kan.. sbb bidang kain ad y 60. lupa plk nk bgtau kt cni blh guna duit Malaysia tau hehe.. lps tuuu ad kdai y blh tawarkan jahit bju skali..blh siap dlm masa sehri je tau.. isteri sy tempah baju kurung sepasang dan jubah sepasang.. hrga bju rm30, upah jahit rm70..kos sumenya rm100. ok latu sj nk mrsa jahitan org vietnam ni.. mmg x puas klu x borong byk2 kain cotton n brg2 kt cini.. y penting ongkosnya kena byk hehe..

Malam plk sempt kmi berdua pg pasar mlm..mcm uptown la..pasar mlm ni berdepan dgn bent than market...dye ad wktu hri cuti jer..xingt la hri ap..kami pg lps mkn mlm..wktu pg tu kami punyr trvel guard hntr..blik kena naik teksi sendri.. pstu siap kami punya pemandu plancong pesan hati2 naek teksi di vietnam ni sbb diorg suka tipu meter diorg...

kt pasar ni byk brg2 sourvenier y blh di bli... antaranya t-shirt, keychain, kain cotton, telekung dn mcm2 lg...ad y murh ad y mhl...kn la pndai tawar..kmi berdua pn x berani lm2 sbb dh lrut mlm... skali nk blik kmi thn teksi...smpai dpn hotel pemdu teksi tu ckp vietnm kmi pun x fhm....dye mntk duit y byk... x ingt la brapa.. dn kmi pun tlh ditipu.. hbis duit ktorg mlm tu...

Jadi,,berhti2 klu pg sna..smga anda gmbra smasa bercuti...

Tuesday, 13 January 2015

Alhamdulillah Rezeki Anak.



Syukur yang Teramat pada-Mu ya Allah...3 tahun saya menunggu untuk berpindah sekolah akhirnya termakbul jua..Keputusan rayuan pertukaran keluar pada petang tadi dan saya dapat bertukar ke Selangor. Jadi, xde lg weekend husband lepas ni,,hehe..baru hidupku bersama isteri lebih sempurna setelah saya bertukar sekolah ke selangor.Terima Kasih kepada isteri tercinta (Nurhuda) yang tidak putus2 berdoa supaya saya dapat bertukar dan tidak lupa juga kepada ibu bapa dan mertua saya yang mendoakan. Mungkin ini juga adalah rezeki anak saya dalam kandungan yang baru 5 bulan lebih..

Sk Kg Muhibbah, Sg Siput  tidak akan lupa dalam ingatan saya sampai bila2. Banyak pengalaman yang saya dapat di sekolah ini terutama daripada guru2 Pendidikan Khas...Yang pasti semua guru2 Sk Kg Muhibbah adalah yang terbaik.


Monday, 17 November 2014

Cara Menentukan kedudukan (Ranking) menggunakan Microsoft Excel

Cara menggunakan fungsi “Rank” dalam Excel.


Salam semua, ini adalah sebagai perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk kita terutama warga pendidik. Entri kali ini saya akan menceritakan tentang bagaimana hendak menentukan kedudukan (ranking) murid2 dalam kelas dengan hanya menggunakan Microsoft Excel. Bagi memudahkan anda faham, di bawah ini saya ad link kan satu video yang saya muat turun dari youtube. Semoga berjaya..


kredit : Budi Hr

Monday, 13 October 2014

Terapi Muzik untuk Murid Pendidikan Khas

Terapi Muzik 

Pengenalan

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.


Definisi:
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.




“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).




Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.


Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."


Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.


Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.


Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripadanaqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).




Kajian-Kajian Lepas:


Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.


Jenis Peralatan Muzik


Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:


1. Muzik Tradisional
  • Dipalu -loceng, gong, kompang.
  • Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.
  • Ditiup -serunai, seruling,nafiri.
  • Digoncang -angklung.

2. Muzik Barat
  • · Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
  • Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
  •  Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.


3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
  • Memperkenalkan alat muzik.
  • Demonstrasi
  • Warming up.
  • Teknik bermain dengan betul.
  • Postur badan yang betul
  • Menyembunyikan corak/pola ritma.
  • Memainkan pola/corak ritma.
  • Bermain ikut giliran.
  • Membuat gerakan yang sesuai
  • Bermain secara keseluruhan. 


Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.
Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.
Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan neurogikal.


Matlamat Terapi Muzik

i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran




Objektif terapi

  • · Pengurusan T/L
  • · Tingkatkn penglahiran perasaan
  • · Tingkatkan harga diri
  • · Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
  • · Kembangkan emosi
  • · Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
  • · Latih pertuturan


Aktiviti terapi muzik
  • · Membuat pergerakan mengikut lagu
  • · Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
  • · Bermain berlatar belakangkan muzik
  • · Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
  • · Latihan praktikal guna alat bunyian


Teknik Terapi Muzik


Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.


Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.


Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.


Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.




KEBAIKAN TERAPI MUZIK
Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:


1. Murid Terencat Akal
  • Meningkatkan kemahiran berkmunikasi. 
  • Meningkatkan kemahiran akademik. 
  • Meningkatkan kemahiran psikomotor. 
  • Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi. 
  • Meningkatkan kemahiran hidup berdikari. 
  • Meningkatkan kemahiran berseronok.


2. Murid Bermasalah Pembelajaran
  • Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
  • Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran. 
  • Meningkatkan kemahiran akedemik 
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. 
  • Meningkatkan kemahiran bermuzik. 
  • Meningkatkan kemahiran berseronok. 


3. Murid Bermasalah Kesihatan
  • Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan. 
  • Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
  • Intervensi menguatkan otot. 
  • Intervensi mengawal pergerakan fizikal. 
  • Menyediakan pengalaman berkomunikasi. 
  • Meningkatkan penghargaan diri. 
  • Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial. 


4. Murid Bermasalah Komunikasi
  • Meningkatkan kemahiran pernafasan. 
  • Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif. 
  • Meningkatkan kemahiran artikulasi. 
  • Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan. 
  • Meningkatkan kemahiran pembetulan suara. 
  • Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia. 
  • Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi. 


5. Murid Autistik
  • Menghasilkan komunikasi. 
  • Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa. 
  • Meningkatkan kemahiran interaksi sosial. 
  • Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi. 
  • Meningkatkan kemahiran kognitif. 


6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.


Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.




Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.


Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.


Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.


Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.




KEKURANGAN TERAPI MUZIK


Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.


Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien.


Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.


Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan.


Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK


Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.



Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang dialami oleh klien. Di samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi kaunselingnya.





Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.


Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik dengan terapi yang lain contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses integrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling, proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini sangat penting dilakukan di mana proses pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini boleh dilakukan pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan didedahkan supaya menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada melalui lukisan, kraf tangan dan sebagainya.


Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi muzik untuk kesedaran umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka jika mereka mempunyai masalah dan tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui alternatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi muzik ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk orang yang bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik.


Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah memberi rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.


Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu dimana melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan yang baik.


Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja mereka boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli kumpulan mereka justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.


KAEDAH PELAKSANAAN TERAPI MUZIK


Strategi Umum Terapi Muzik


1.Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian klien untuk menggalakkan kehadiran klien pada setiap sesi terapi.


2. Hubungan terapeutik.
Hubungan baik antara kaunselor dan klien. Kaunselor memahami kehendak klien serta masalah yang dihadapi klien, memastikan komunikasi berkesan setiap kali rawatan.


3.Interaksi muzik
Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik supaya kliennya mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.


4.Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk menggalakkan klien meluahkan perasaan dan emosi secara baik.


5.Integrasi sensori
Ahli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi
Kaedah Perancangan dan Pelaksanaan Terapi Muzik
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan.


Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi dan struktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor perlu merancang waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai ketika menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.


Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , pergerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi refleksi. Kaunselor dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang berikutnya.


Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi muzik.


Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.




Kesimpulan

Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.


kredit by : http://terapikhas.blogspot.com/

Monday, 25 August 2014

Servis Kereta

Tukar Fan Belt/ V Belt Myvi 1.3 Auto

Sebelum anda ingin menukar fan belt, eloklah anda bertanya dlu beberapa kedai mekanik berkenaan dgn kos untuk menukar alat ganti tersebut. hal ini kerana harga tukar fan belt agak berbeza. Untuk pengetahuan anda semua, fan belt seelok2nya perlu di tukar setiap 20 000km perjalanan. Ini saya tanya pada member yang kerja kt pusat servis perodua. Berbalik kepada kos pemasangan dan upah tukar belt ini, aritu saya ada pg sebuah kedai di Kuala Selangor, tokey kedai tu ckp tukar V belt dan upah sekali adalah Rm 85.. peggghhhh...Rasa macam mahal giler..Hari ini pg kedai kt Sg Siput, Perak, tokey kedai tu ckap V Belt (Jenama BANDO) shja harga Rm45 dan kos upah Rm 10..Jadi apa lagi,, saya tukar terus tanpa ragu2 sbab dah lama sgt xtukar,,heheh..Dalam 20 minit terus siap..

Tukar Spark Plug Myvi 1.3 Auto

Alang2 dah nak servis kereta,,saya terus suh mekanik tu tukar spark plug sekali..memang dh lama xtukar..Td mekanik buka plug kereta saya,,mmg dh cm brkarat dan WAJIB kena tukar..maklumla rsanya kereta dh jalan lebih 90 000km dh heheh..Spark plug ada mcm2 jenis dan yg pling terbaik adalah jenama IRRIDIUM, tp tu hrga lebih dari RM150..xmampu gua nak tukar,,jadi ambil lah yg biasa sje jenama Bosch yg hrga RM 28..Upah pasang dlm RM7..perghh kene lg hehe..Tp mn2 plug pn sma sja cma yg mhal tu lmbat la ckt kte nak gnti blik..Klu yg biase ni dlm 20 000km - 30 000km blh la gnti.. Disebabkan saya dh lma xtukar plug, td masa mekanik tu nk buka plug yg last skali,,mnyak bnykk trkeluar..mekanik tu ckp ada masalah plug seal..Aduhai duit lagi..Tokey tu ckp klu nk repair mslh plug seal ini kosnya dlm RM65 shj..Disebabkan hari dh lwat,,xdi nk tukar kna dtg esok plk huhu...




Wednesday, 6 August 2014

Panduan Service Kereta.

Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta


Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com

Thursday, 24 July 2014

Clixster? Apa yang menarik.

Untuk Mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apa itu Clixster? Boleh klik di sini.



Perkembangan terbaru yang hangat diperkatakan tentang telco Clixster ini adalah berkenaan dengan pakej terbaru yang ditawarkan sangat2 berbaloi berbanding dengan pakej telco yang lain.

Pengendali rangkaian talian mudah alih maya (MVNO) tempatan, Clixster Mobile, memperkenalkan pakej data internet serendah RM17 sebulan untuk satu gigabait (GB) kepada pengguna taliannya, sekali gus menjadikan rangkaian itu pakej Internet termurah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Clixster, Noor Azlan Khamis, berkata pakej berkenaan ditawarkan khusus kepada pelanggan untuk penjimatan dan lebih nilai bagi setiap wang kepada yang membeli tambah nilai talian Clixster setiap bulan.

“Kami amat memahami keperluan pelanggan yang sederhana dalam penggunaan data Internet. Justeru, Clixster menawarkan pakej istimewa RM17 sebulan untuk 1 GB, sekali gus memberikan penjimatan kepada pelanggan setia,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Noor Azlan berkata melalui pakej terbaru itu, pengguna talian Clixster jimat sebanyak RM10 berbanding langganan pakej sebelum ini yang ditawarkan pada harga RM27 sebulan untuk 1 GB.

Sumber dari Berita Harian.