Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Saturday 30 November 2013

Kepok lekor sdp di klate

As salam sume all blogerssss...
Cuti skolah dh bermula..ke mana percutian anda sume. Sbnrnya sy bru blik dri klate, kg halaman ku y tercnta.sblm blik slngor smpat la nk cri kepok lekor sbb kaki ipar ad tmpah.sy n wifey pn cuba la nsib mencri di Bukit Bunga...alhammdulillah terjmpe jgk stu kedai kpok lekor ni...
Mula2...tya kt org kdai ad x kpok...pstu dye kt x ciap lg...smntra tggu siap bli la dl utk tryy...wa blh thn jgk sdpnya hehe.rs sdp cm kpok lekor losong gnu.
So psni sp y tringn nl mkn kpok lekor losong bli cri di Bukit bunga, klate..kdainya btul berhdpn ngn petronas bukit bunga...byee jump lg di entri y strusnya..

Wednesday 20 November 2013

TIPS MENEMPAH HOTEL...

Salam,,,

Cuti sekolah sudah pun bermula. Ramai yang sudah planning untuk pergi melancong sama ada di luar negara maupun dalam negara..termasuk la aku dan isteri yg suka pergi berjalan2 smasa cuti sekolah..Maklumla nak hilangkan stress slpas penat bekerja..hehe..Kali ini aku nak bagi tips untuk anda semua yang mahu merancang utk membawa keluarga pergi melancong khususnya di dalam negara..Sebelum anda tentukan di mana lokasi atau tempat yg anda akan pergi melancong, pertama sekali anda mesti mau menempah hotel yang berdekatan dgn tempt anda ingin pergi..Katakan anda mau pergi ke Melaka,,sbgai contoh..Pertama sekali:

1. Anda buka internet, pergi ke Google Maps dan taip perkataan Hotel Di Melaka..Google Maps akan  
    menunjukkan semua Hotel yang ada di melaka.

2. Anda boleh lihat dan pilih hotel di kawasan yang strategik dan juga hotel yang sesuai utk bajet anda serta
    keselesaan..Anda boleh membaca review serta komen yg mereka telah menetap di hotel tersebut.Sama
    ada selesa atau sebaliknya.Lihat di sini...
3. Seterusnya, utk membuat tempahan hotel ada banyak syarikat yang menjadi org tengah utk memudahkan
    kita membuat tempahan sperti Asiaroom.com, Agoda.com dan sbgainya..Bagi saya, lebih gemar
    menempah hotel menggunakan website Asiaroom.com kerana ianya lebih mudah atau friendly..hehe..dan
    juga anda boleh menempah tanpa perlu membuat sebarang pembayaran satu sen pun..Sekiranya anda
    ingin membuat pembatalan pun mudah dgn Asiaroom, kerana bleh membuat melalui internet shja dan tiada     dikenakan charge. Tetapi perlu mengikut syarat2 dan terma iaitu mesti membuat pembatalan 3 hari sblum
    hari yang kita tempah...
4. Selepas membuat tempahan,asiaroom akan menghantar borang tempahan anda melalui emeil anda. Dari
    situ anda boleh melihat semua keterangan yang telah anda tempah..

Semoga anda semua dapat menikmati cuti dengan penuh gembira dan selesa..Sekiranya apa yang saya kongsikan dengan anda semua ini mempunyai sebrang keraguan atau masalah..saya mohon ampun dan maaf..Ini hanya sebgai perkongian shja..Sekian..

Friday 15 November 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM..to all bloggerss..

Cuti skolah dh bermula..xsbo rsnya nk spent time ngn wife nk g bercuti..byk pln dh di kpla nk pg tmpt2 y dirancng..tpi sblm nk g bercuti nk kena pg skolah dl..tpi x pe..positif2..y pnting abs jr keje di skolh trus nk blik klate..lm rsnya x hirup udara klate..

                                         kg. halaman ku...

hbis blik klate trus nk p kndri di Johor..nk p kndri kwen classmate..sbnrnya negeri Johor penah ku jejaki wktu blaja dulu. Waktu tu aku ad KAGUM iaitu sukan di antara semua IPG2 di Malaysia.. Kali ni lg best dpt pg dgn org yang tersyg... Kami nk pusing satu johor puas2. Antara dlm planing y nk pg first skali :

                                                            legoland Waterpark

Tempat ni la tmpt first y kami nk pg... dgr kata tmptnya bru buka.So wife pun tringin nk pg mndi mnda.. Apa lagi...Sblm nk pg jgn lupa booking online k.. blh dpt murahkan.. n kami decide nk p mndi jr, mls nk msk y legoland lg stu tu hehe.. Secondly nk pg shopinggggg di Johor Premium Outlets. Katanya byk brg berjenama kt cni..nk try pg kan..
                                                               Johor Premium Outlets

Seterusnya, planing nk pg try mkn sup kaki gear box kambing. Rs2 nya rmai y thu kot kdai sup y famous di Johor ni. Klu x famaous xkn msk dlm jln2 cri mkn kan...

                                                      tu diaaaaaa.... ad straw lagi kan



                                                         ni haaa nama kdainya hehe... Restoran ZZ

Sesuai dgn nama Restoran ni Restoran ZZ..mgkin inspirasi daripada bunyi sedutan gearbox kambing tu kot hehe.. x sbr btl nk pg mkn kdai ni.. To All frenz jgn lupa nnt kan crita seterusnya..smpai ke x kami ke kdai ni..bye u olss..Assalam..



Thursday 14 November 2013

PERTUKARAN GURU JANUARI 2014

ISU PERTUKARAN GURU 2014
Terima kasih kepada pelawat blog aku kerana sudi membaca artikel ini. Pagi ini aku saja buka internet sebab nak baca berita Harian kat online untuk melihat perkembangan semasa... Tajuk yang menarik dalam online berita harian pagi ini adalah isu pertukaran guru 2014 dan artikel ini lebih kepada guru yang mohon pertukaran. Jika anda semua terutamanya guru2 macam aku ni yang dh beberapa kali mohon tukar untuk pulang dekat dengan pasangan,boleh merasa ecxcited dan boleh dikatakan kurang kita punya kerisauan selepas membaca artikel ini. Tetapi, anda semua kena ingat tidak semestinya kita confirm dapat tukar tahun ini (Risau plak dah)huhu… Kenapa aku cakap selepas baca artikel ini, anda semua akan merasa lega..Sila baca dibawah...
Berdasarkan kepada pemahaman aku tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, beliau mengatakan ramai guru yang mohon bertukar adalah yang ingin pulang ke kampung halaman. Berdasarkan rekod kementerian itu, pada 31 Julai lalu sebanyak 94.9 peratus guru sekolah menengah iaitu 142,474 orang tinggal bersama pasangan masing-masing, manakala 5.1 peratus atau 7,711 orang tinggal berasingan. Bagi guru sekolah rendah pula, katanya, 95.4 peratus (190,252 guru) dapat tinggal bersama pasangan mereka dan hanya 4.8 peratus (9,124 guru) terpaksa berasingan dengan pasangan. Selain itu, beliau memberitahu berita bahawa kementerian akan memberi keutamaan kepada guru2 yang mohon tukar atas sebab ingin berada dekat bersama pasangan (macam aku la yang mohon nak blik Selangor).huhu..tapi xdpt lagi..
Secara jujurnya,aku mengucapkan banyak2 terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana mengambil berat dalam menyelesaikan masalah pertukaran guru ini dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan kerana beliau lebih memberi fokus dan tumpuan kepada permohonan guru yang ingin bertukar atas sebab mahu bersama pasangan. Hal ini kerana beliau mungkin tahu bagaimana perasaan seseorang itu bila berjauhan dengan pasangan..hehe
Aku mengharapkan semoga Allah S.W.T mempermudahkan permohonan guru2 yang mahu pulang bersama pasangan kerana hanya orang mengalami masalah jauh dengan pasangan akan tahu bagaimana perasaan sedih dan …………….korang sambung sendiri..hehe.
Kepada mereka2 (guru) yang mahu pulang ke kampung halaman dan telah berada bersama suami/isteri, berilah keutamaan kepada kami dahulu yang jauh bersama pasangan…
Walaubagaimanapun, anda semua (guru yang mohon tukar) banyak2 la berdoa semoga permohonan kita diluluskan…..
Sekiranya apa yang saya tulis diatas mempunyai kesalahan atau menyinggung mana2 pihak,mohon ampun dan maaf..Semoga artikel ini menarik untuk anda semua..
Untuk nak baca lebih jelas,sila klik link di bawah:

Wednesday 13 November 2013

PENYELAMAT FILE DAN DOKUMEN ANDA!

GOOGLE DRIVE? APA TU...

Penyelamat File dan Dokumen Penting Kita..!!Sila Baca kat bawah...

Google Drive?

Apa itu google Drive? Sebelum ini aku tidak pernah ambil peduli dan ambil tahu pun tentang Google Drive ini. Selepas dari aku menghasilkan blog aku sendiri, barulah aku mula mencari ilmu ICT ni sedikit demi sedikit. Disebabkan aku ni seorang yang prihatin dan bermurah hati untuk kongsikan bahan2 menarik pada anda semua, melaui blog ini merupakan patform untuk aku kongsikan bersama anda. Hehe poyo jer.....Sebenarnya, syarikat google telah memudahkan kepada semua pengguna atau pelayar internet yang menggunakan google dengan pelbagai jenis kemudahan. Antaranya adalah google drive ini. Hasil daripada carian aku sendiri dalan internet, barulah aku tahu cara menggunakan google drive ini dengan betul. Jadi, sebenarnya apa manfaat sekiranya kita gunakan google Drive ini. Sebelum itu, aku nak ceritakan sedikit sejarah datangnya aplikasi google Drive ini.

Sejarah Google Drive dan Peranannya
Google Drive ini adalah layanan cloud storage Google dan dilancarkan pada 12 April 2012, yang dahulunya goole drive ini adalah google docs. Walaupun dapat mengolah data sebanyak 1Tb, google drive hanya memberikan kapasiti sebanyak 5Gb. Walaubagaimanapun, peranan google Drive ini sangat besar terutamanya kepada mereka2 yang mempunyai blog untuk berkongsi bahan2 menarik, dan pelbagi lagi. Tidak lupa juga kepada mereka yang mempunyai pelbagai jenis file penting dan tidak tahu ke mana untuk menyimpan file anda dengan selamat. Simpan dalam laptop walaupun security tinggi pun tidak selamat kerana kalau hardisk laptop corrupted, almarhum lah semuanya.hehe…   

Fungsi Google Drive
Kepada mereka yang mempunyai PC atau Laptop, anda semua mesti seringkali mendengar istilah BACK UP FILE sekiranya anda ingin format anda punya PC atau Latop. Sebelum ini kebanyakan daripada kita termasuklah aku sendiri pun selalu back up file atau simpan file penting dalam email sama ada email Yahoo atau Gmail. Tetapi, kelemahan untuk menyimpan file dalam email ini adalah untuk kita nak upload kita punya file, hanya dibenarkan untuk file yang mempunyai kapasiti tidak lebih dari 25Mb sahaja. Kemudian, kapasiti untuk simpan file dalam email hanya terhad dan memerlukan masa yang lama untuk upload kita punya file. Aku bukan cakap email ini tidak bagus, ianya penting untuk kita berkongsi atau menghantar sesuatu kepada kenalan dan sebagainya. Cuma di sini aku nak bagitahu cara untuk menyimpan file dalam email ini tidak sesuai sangat. Antara fungsi google Drive ialah:
1.       Pada Google Drive ini, kita dapat mengolah data seperti data di dokumen, spreadsheet, dan   
presentation dalam waktu yang sama dan cepat.
2.       Data atau file yang dibuat, secara langsung dapat dilihat oleh orang lain. Tetapi kita sahaja
yang boleh membenarkan sama ada orang lain boleh tengok kita punya bahan atau pun tidak. Security tinggi..
3.    Tidak hanya melihat, namun orang lain juga dapat mengedit ataupun memberi komen
       Documen kita.
4.       Google Drive juga dapat digunakan dalam Gadget seperti smartphone, tablet, dan yang
lainnya.
5.    Kita dapat menyimpan data kita sehingga 5Gb tanpa harus merasa takut kehilangan data.
6.    Dapat diakses dimana saja asalkan mempunyai internet.
             7.   Satu aplikasi mudah untuk anda upload bahan2 dan sebagainya dalam blog anda.


Bagaimana Cara Mendapatkan Google Drive
 Anda hanya perlu mempunyai akaun Gmail sahaja dan anda boleh terus masuk ke laman google Drive dan sign up. Klik link ini untuk masuk ke laman google Drive https://drive.google.com . semoga anda berpuas hati dan enjoy.!jangan lupa bagi komen kat bawah tu..