Pages

Iklan

Tekan Iklan Kat Bawah.

Thursday 14 November 2013

PERTUKARAN GURU JANUARI 2014

ISU PERTUKARAN GURU 2014
Terima kasih kepada pelawat blog aku kerana sudi membaca artikel ini. Pagi ini aku saja buka internet sebab nak baca berita Harian kat online untuk melihat perkembangan semasa... Tajuk yang menarik dalam online berita harian pagi ini adalah isu pertukaran guru 2014 dan artikel ini lebih kepada guru yang mohon pertukaran. Jika anda semua terutamanya guru2 macam aku ni yang dh beberapa kali mohon tukar untuk pulang dekat dengan pasangan,boleh merasa ecxcited dan boleh dikatakan kurang kita punya kerisauan selepas membaca artikel ini. Tetapi, anda semua kena ingat tidak semestinya kita confirm dapat tukar tahun ini (Risau plak dah)huhu… Kenapa aku cakap selepas baca artikel ini, anda semua akan merasa lega..Sila baca dibawah...
Berdasarkan kepada pemahaman aku tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, beliau mengatakan ramai guru yang mohon bertukar adalah yang ingin pulang ke kampung halaman. Berdasarkan rekod kementerian itu, pada 31 Julai lalu sebanyak 94.9 peratus guru sekolah menengah iaitu 142,474 orang tinggal bersama pasangan masing-masing, manakala 5.1 peratus atau 7,711 orang tinggal berasingan. Bagi guru sekolah rendah pula, katanya, 95.4 peratus (190,252 guru) dapat tinggal bersama pasangan mereka dan hanya 4.8 peratus (9,124 guru) terpaksa berasingan dengan pasangan. Selain itu, beliau memberitahu berita bahawa kementerian akan memberi keutamaan kepada guru2 yang mohon tukar atas sebab ingin berada dekat bersama pasangan (macam aku la yang mohon nak blik Selangor).huhu..tapi xdpt lagi..
Secara jujurnya,aku mengucapkan banyak2 terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana mengambil berat dalam menyelesaikan masalah pertukaran guru ini dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan kerana beliau lebih memberi fokus dan tumpuan kepada permohonan guru yang ingin bertukar atas sebab mahu bersama pasangan. Hal ini kerana beliau mungkin tahu bagaimana perasaan seseorang itu bila berjauhan dengan pasangan..hehe
Aku mengharapkan semoga Allah S.W.T mempermudahkan permohonan guru2 yang mahu pulang bersama pasangan kerana hanya orang mengalami masalah jauh dengan pasangan akan tahu bagaimana perasaan sedih dan …………….korang sambung sendiri..hehe.
Kepada mereka2 (guru) yang mahu pulang ke kampung halaman dan telah berada bersama suami/isteri, berilah keutamaan kepada kami dahulu yang jauh bersama pasangan…
Walaubagaimanapun, anda semua (guru yang mohon tukar) banyak2 la berdoa semoga permohonan kita diluluskan…..
Sekiranya apa yang saya tulis diatas mempunyai kesalahan atau menyinggung mana2 pihak,mohon ampun dan maaf..Semoga artikel ini menarik untuk anda semua..
Untuk nak baca lebih jelas,sila klik link di bawah:

No comments:

Post a Comment